Inilah rahasia kunci rezeki yang harus kita ketahui.
Paling tidak terdapat 10 kunci pembuka rezeki yang perlu di lakukan secara
serius oleh setiap individu Mu’min yang berdasarkan panduan Al-Qur’an dan
al-hadits sebagaimana yang tersebut dalam buku ‘Pembuka Kunci-kunci Rezeki
Berdasarkan kitab Al-Qur’an dan As-Sunnah’ oleh Doktor Fadhl llaahi,
yaitu :
Kunci Rezeki Yang Pertama: Istighfar dan
Taubat
i. Hendaklah dia menahan diri dari
melakukan maksiat (tidak mengulanginya lagi).
ii. Hendaklah dia menyesal terhadap
keterlanjurannya.
iii. Hendaklah dia bercita-cita untuk
tidak mengulanginya lagi.
iv. Hendaklah dia melepaskan hak
tuannya. Hendaklah memulangkan semula harta kepada tuannya atau meminta maaf
atau meminta kemaafannya. Tanpa salah satu ciri-ciri ini, menurut para ulama,
maka taubatnya adalah tidak sah.
Kunci Rezeki Yang Ke-2: Taqwa
Memelihara diri dari perkara yang menjerumuskan dosa;
dan yang demikian di peroleh dengan meninggalkan perkara yang haram. Manakala
ketaqwaan itu dapat disempurnakan dengan meninggalkan sebagian perkara yang
harus (mubaah).
Kunci Rezeki Yang Ke-3: Berserah Diri
(Tawakal) kepada Allah.
Berserah diri itu bukanlah meninggalkan usaha (bekerja
keras); dan sungguhnya seseorang Islam perlu bekerja keras, bersungguh-sungguh
dan berusaha mencari sumber pendapatan. Akan tetapi janganlah pula berpegang
kepada kerja keras, kesungguhan dan usaha semata-mata (tanpa memohon kepada
Allah); malah hendaklah beri’tiqad (mempercayai) bahawa semua perkara itu
adalah kepunyaan Allah; dan sesungguhnya segala rezeki itu adalah dari Allah,
Tuhan Yang Maha Esa.
Kunci Rezeki Yang Ke-4: Beribadah kepada
Allah Sepenuhnya.
Maksudnya bukanlah dengan cara meninggalkan usaha
kehidupan dan duduk dalam masjid malam dan siang, tetapi apa yang dimaksud
adalah menghadirkan hati dan tubuh di kala beribadah, terasa kusyu’ dan tunduk
kepada Allah Yang Maha Esa, merasakan Kebesaran Allah Ta’aala dan merasakan
bahawa dirinya sedang bermunajat dengan Rabnya yang maha Agung lagi Maha
Berkuasa.
Kunci Rezeki Yang Ke-5: Melanjutkan Haji
Dengan Umrah Atau Sebaliknya
Maksudnya hendaklah menjadikan salah satu di antara
keduanya bersambungan, yaitu apabila kamu telah berhaji, maka hendaklah diikuti
dengan umrah; dan apabila kamu telah ber‘umrah, maka hendaklah kamu berhaji;
kerana keduanya saling melanjutkan (jika mampu).
Kunci Rezeki Yang Ke-6: Menyambung
Silaturrohim
Kata silaturrohim (menghubungi keluarga) adalah
berlaku baik kepada keluarga atau kerabat yang mempunyai pertalian keturunan
dan sebab hubungan perkawinan; juga hendaknya bersifat lemah-lembut dan
bersimpati kepada mereka dan mengawasi keadaan-keadaan mereka.
Kunci Rezeki Yang Ke-7: Berbelanja Di
Jalan Allah
Maksud berbelanja (disini) ialah : Berbelanja yang
dianjurkan dalam Agama seperti berbelanja kepada orang fakir dan berbelanja di
jalan Allah untuk menolong Agama (Islam).
Kunci Rezeki Yang Ke-8: Berbelanja
Kepada Penuntut Ilmu Islam.
Berbelanja kepada penuntut ilmu atau orang-orang yang
menghabiskan waktunya untuk mencari ilmu Agama Islam (Syara’).
Kunci Rezeki Yang Ke-9: Membantu Orang
Yang Lemah (Miskin).
Mencari keridhaan Allah dan Rasulnya dengan membantu
dan menolong orang-orang fakir (yaitu sangat miskin atau orang yang memperoleh
pendapatan yang serba tidak mencukupi). Allah akan menolong bagi siapa yang
berbuat demikian bagi menentang musuh-musuhnya (di kalangan orang-orang Kaafir)
dan juga merezekikannya (sehingga mereka menjadi kaya).
Kunci Rezeki Yang Ke-10: Berhijrah
Dijalan Allah.
Maksud hijrah sebagaimana kata Al-Imaam ar-Raaghib
Al-Ashfahaani Radhiyallohu'anhu ialah “jalan keluar dari Negara kufur (syirik)
ke Negara beriman (tauhid), sebagaimana perlakuan penghijrah dari kota Mekah ke
kota Madinah.’Hijrah itu wajib – sebagaimana kata as-sayyid Muhammad Rasyiid
Ridha: “Dimana kewujudan berhijrah di jalan Allah Ta’aala bagi menegakkan
AgamaNya sebagaimana yang diwajib dan dikasihi Allah Ta’aala, di mana
orang-orang Mu’min hendaknya menolong orang-orang yang dizalimi orang-orang
Kafir.”
Berikut penjelasan detil dari poin-poin di atas yang
dikumpulkan dari http://almanhaj.or.id .
Komentar
Posting Komentar